Sunday, August 15, 2010

AMUK SAHUR,,,,

Anak mangsa amuk alami trauma



KAKAK mangsa, Samsiah Mohd. Ariffin meratapi kematian Khairul Bariah.




TELUK INTAN 14 Ogos - Menyaksikan sendiri peristiwa bapa menetak ibunya di depan mata, meninggalkan kesan trauma yang mendalam buat Nazuwa Mohd. Natri, 10, salah seorang anak kepada pasangan tersebut.
Ketika ditemui di Balai Polis Langkap di sini, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Langkap ini bukan sahaja kelihatan tidak bermaya dan ketakutan malah tubuhnya juga sesekali menggigil.
Dalam kejadian pukul 5.15 pagi ini, Nazuwa melihat ibunya, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, maut ditetak dengan parang oleh Mohd. Natri Shaharudin, 39, sebelum bapanya itu ditembak mati oleh polis.
Menceritakan detik-detik kejadian, kata Nazuwa, kira-kira pukul 4 pagi, dia terjaga daripada tidur setelah bapanya mengamuk sambil menendang pintu dan dinding rumah.
"Mak bangun dan tanya kenapa ayah marah-marah tapi ayah tampar mak. Mak keluar rumah untuk minta tolong jiran tapi tak ada orang yang datang," katanya dalam nada suara yang perlahan dan tersekat-sekat.
Menurut Nazuwa, apabila tiada sesiapa yang mahu membantu mereka, ibunya masuk semula ke dalam rumah dan terus dimarahi bapa.
"Mak dan ayah bergaduh mungkin sebab ubat ayah habis," katanya.
Sementara itu, kakak Nazuwa, Najihah Natri, 13, mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat ditetak oleh bapanya sendiri.
Pihak polis turut menjumpai beberapa jari dipercayai kepunyaan Najihah di tempat kejadian.
Pelajar Sekolah Menengah Dato Sagor itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

sudi2 lar comment n jgn lupe tekan button babble n bloglist,,have fun,,

No comments: