Cinta itu pada saya
mahal, dan tinggi harganya.
Cinta itu pada saya membina, dan mustahil
merosakkan jiwa selagi berlandaskan jln yg benar demi Illahi.
Cinta menjadikan seseorang itu matang,
berfikiran jauh, bertanggungjawab, dan berusaha mempersiapkan dirinya. Cinta
itu pada saya suci, bersih dan membersihkan pula jiwa-jiwa yang menghargainya.
Maka yang sepatutnya kita lakukan adalah
membersihkan cinta.
Remaja yang
memahami makna cinta yang sebenar pula, tidak akan terburu-buru dalam urusan
perasaan. Kerana hakikat cinta yang sebenar adalah ianya dipandu oleh keimanan.
Maka tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta,
tidaklah dia mudah hendak terjatuh hati di sini dan sana.
Dan apabila dia
jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar. Malunya bertempat, dan
berpada-pada. Dia akan menyegerakannya, dan dalam penyegeraannya itu, dia
berjaga-jaga. Bercinta hingga ke syurga. Amin.
more storY...let read it...( RSAW,,,PERLU KER?? )
more storY...let read it...( RSAW,,,PERLU KER?? )
No comments:
Post a Comment