Showing posts with label home. Show all posts
Showing posts with label home. Show all posts

Friday, June 11, 2010

MARI KITA FIKIRKAN KEBENARAN KATA2 INI

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang 
benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum 
tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum 
tentu bagus. 

Pikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan 
suatu kombinasi kebahagiaan. 

Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, 
semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong. 
Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah 
orang yang baik. 

Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan 
kehadirannya, mempercayai akan rahasianya dan 
mengingat Anda dalam doa-doanya. 

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat 
orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan 
keberanian pada orang yang ketakutan. 

Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita 
terima kelak. 

Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, 
namun juga menghangatkan jiwa. 

Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta 
daripada memiliki semua bintang di langit. 

Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi 
bagaimana kita hidup. 

Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat. 

Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai 
diri sendiri. 

Anda cuma bisa hidup sekali saja didunia ini, tetapi 
jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup. 

Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan 
untuk diingat-ingat. 

Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk 
dihadapi. 

Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan 
banyak persahabatan. 

Lidah anda yang menentukan siapa anda. 

Diantara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik. 

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi 
cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia 
menghampiri. 

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah 
dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah 
perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu 
adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, 
itu adalah mulia dan terpuji. 

Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, 
belum terlambat untuk mencobanya pada hari esok. 

Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan 
biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya 

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru 
kita sadari setelah kita kehilangannya 

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di 
dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau 
lupa akan bait-baitnya 

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. 
Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu 
kita susah 

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, 
jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. 
Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat 
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat 
keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan 
membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya. 

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mau belajar dari 
kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang 
berkeras bahwa mereka benar meskipun terbukti salah 

Bila Kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk 
masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kita tak 
memiliki hari ini untuk kita syukuri. 

Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang 
dihina itu sebenarnya memungut pahala *****-cuma tanpa 
perlu bersusah payah 

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, 
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan 
ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. 
(Khalifah Abdul MAlik bin Marwan) 

Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah 
dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka 
kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka 
banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka 
keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka 
tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta 
keindahannya 

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih 
keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih 
pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. 
Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia 
dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh 
semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh 
sebagiannya 

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. 
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. 
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. 
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut. 

Sekali tidak berhasil bukan berarti gagal selamanya 

Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan uang 

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. 
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan 
dihina. 
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti 
menyertainya. 
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti 
kehormatan dirinya akan terjaga 

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi 
Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari 
cahaya. 
Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam 
menetapkan hukum 
baik kepada rakyat maupun kepada keluarga 

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak 
tentram 
dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk 

Hiduplah Sesuka hatimu, 
Sesungguhnya kamu pasti mati. 
Cintai siapa saja yang kamu senangi, 
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya 
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, 
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya 

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan 
amalan. 
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan 
kedermawanan. 
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan 
kesetiaan. 
Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang 
ikhlas. 
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan 
dan keamanan
sudi2 lar comment n jgn lupe tekan button babble n bloglist,,have fun,,

Tuesday, June 1, 2010

LESEN DAH NAIK HARGE....


Lesen Memandu pulak yang dinaikkan oleh Kerajaan BN...nasib nasib...
Fomca Kesal Bayaran Lesen Memandu Dinaikkan

KUALA LUMPUR 31 Mei - Sebarang kenaikan kadar bayaran bagi belajar memandu adalah tidak wajar walaupun berlaku penambahan kurikulum baru dalam sistem latihan memandu, kata Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Penasihatnya Datuk Mohd Hamdan Adnan berkata jika kenaikan kadar bayaran dibenarkan, ia akan membebankan pengguna dan menggalakkan pihak sekolah memandu menaikkan harga sesuka hati mereka.

"Pengenalan kurikulum baru dalam sistem latihan memang perlu untuk memantapkan latihan dan pembelajaran di sekolah memandu, tapi tidak perlu sampai menaikkan harganya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan yang menjangka kadar bayaran bagi belajar memandu akan meningkat berikutan pengenalan kurikulum baru sistem latihan memandu yang mungkin akan dilaksanakan akhir tahun ini.

Mohd Hamdan berkata kadar bayaran tersebut seharusnya ditentukan oleh pasaran dan persaingan antara pihak sekolah memandu.

"Setakat ini belum ada sebarang kawalan harga oleh sekolah memandu, dan ianya ditentukan oleh pasaran, jadi biarkan pasaran yang menentukan.

"Kalau mahu naik harga sekalipun perlu diteliti sebaik mungkin oleh semua pihak yang berkaitan, bukan tiba-tiba naik harga," katanya.

Bernama

PESANAN NIE DITUJUKAN KEPADE    sesiape yang lum wat lesen yer,,,kepade sesiape yang merancang tuk wat lesen,,silalah wat sebelum akhir tahun nie yer,,,coz harge nak wat lesen akan naek tahun depan,,,
so marilah kite Beramai2 memenuhkan pusat latihan memandu yer,,,jom serang mereka!!!!..Termasuk lah diriku sendiri,,,

sudi2 lar comment n jgn lupe tekan button babble n bloglist,,have fun,,

Empat budak makan tanah

SUNGAI PETANI: “Saya suka makan tanah, biarpun ia keras tapi sedap,” kata I Yogeswary, 9, seorang daripada empat budak yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kerana dijangkiti kuman selepas dipercayai memakan tanah.
Empat kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga sembilan tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai makan tanah sejak beberapa bulan lalu.

Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, dekat sini, dua hari lalu oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital.

Selain Yogeswary, dua adiknya Nageswati, 7, dan Ganggadevi, 6, serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.

Yogeswary berkata, dia bersama dua lagi adiknya serta seorang saudaranya memakan tanah merah yang diambil di depan rumah dan perbuatan itu dilakukannya setiap hari sejak setahun lalu tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Setiap hari kami mengambil tanah itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar bagi mengelak dilihat bapa sebelum masuk ke dalam bilik dan memanggil adik serta saudara untuk makan tanah itu bersama,” katanya, semalam.

Pengarah HSAH, Dr Hariff Fadzilah Hashim yang dihubungi berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu selepas mengalami pelbagai penyakit seperti kurang darah, jangkitan kuman dan kurang zat.

“Bagaimanapun, keempat-empat mereka stabil tetapi, kami masih membuat kajian mengenai punca penyakit mereka,” katanya.


dipetik dri METRO


salam,,
korang pernah terpikir x tuk makan pasir??? it such a weird thing...
if makan daun 2 x pelik lagi lar,,,nie makan pasir,,,,

sudi2 lar comment n jgn lupe tekan button babble n bloglist,,have fun,,

Komando Israel serang kapal bantuan




SEBUAH bot tentera Israel mendekati sebuah kapal bantuan ke Gaza pada waktu pagi semalam.




BAITULMAQDIS – Sebanyak 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam.
Operasi ketenteraan di perairan antarabangsa dekat dengan pesisir pantai Gaza itu bukan sahaja bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Israel berikutan ia menjejaskan reputasi negara berkenaan di kaca mata masyarakat antarabangsa, bahkan ia memburukkan lagi hubungan tegang negara itu dengan dengan sekutunya, Turki serta membuka mata dunia terhadap penderitaan penduduk Gaza.
Kedua-dua belah pihak memberi kenyataan bercanggah berhubung apa yang berlaku pada hari kejadian.
Seorang wartawan di dalam salah sebuah kapal misi bantuan itu berkata, anggota-anggota komando Israel melepaskan tembakan sebelum menaiki kapal mereka tetapi pihak Israel memberi alasan kononnya mereka hanya melepaskan tembakan setelah diserang aktivis-aktivis berkenaan dengan menggunakan kayu, pisau dan senjata api.
Ketika kejadian, aktivis-aktivis itu sedang menuju ke Gaza bagi mengalih perhatian dunia terhadap sekatan laut selama tiga tahun yang dikuatkuasakan Israel selepas Hamas mengambil alih kuasa di wilayah berkenaan.
“Sungguh menjijikkan kerana mereka (pasukan komando Israel) menceroboh kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam,” kata jurucakap Gerakan Membebaskan Gaza, Greta Berlin, yang menganjurkan misi armada bantuan tersebut.
Bercakap dari pulau Cyprus di timur luat Mediterranean, wanita itu berkata, dia terputus hubungan dengan armada kecil itu ada pukul 3.30 pagi waktu tempatan.
Israel sebelum ini mengisytiharkan untuk tidak membenarkan kapal-kapal itu sampai ke Gaza.
Menurut seorang aktivis Palestin di Greece yang terbabit dalam misi bantuan tersebut, pasukan komando Israel menyerbu semasa bot dan sebuah kapal itu berada di perairan antarabangsa setelah mengarahkan misi berkenaan berhenti kira-kira 130 kilometer dari perairan Gaza.
Sebuah laman web Turki menunjukkan rakaman video keadaan huru-hara di atas kapal itu dengan aktivis-aktivis memakai jaket keselamatan berlari-lari di dalam kapal manakala sesetengahnya cuba membantu seorang rakan mereka yang tidak sedarkan diri di atas dek.
Laman web berkenaan turut menunjukkan sebuah helikopter Israel sedang berlegar di atas kapal itu dan beberapa kapal perang Israel yang berada berdekatan.
Kapal-kapal misi bantuan itu kemudian ditunda ke pelabuhan Ashdod di Israel manakala mangsa-mangsa cedera dibawa keluar dengan helikopter bagi menerima rawatan di hospital-hospital Israel.
Setakat ini, tiada maklumat mengenai identiti mangsa yang terbunuh atau cedera mahupun keadaan beberapa individu berprofil tinggi di atas kapal-kapal tersebut termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara, beberapa wakil rakyat Eropah dan mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi oleh tentera Nazi, Hedy Epstein, 85.
Semua telefon satelit di atas kapal-kapal itu dimatikan dan komunikasi dengan sekumpulan kecil wartawan yang menyertai tentera Israel turut disekat.
Gerakan Membebaskan Gaza adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mendakwa sekatan terhadap Gaza tidak adil dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. – AP


sudi2 lar comment n jgn lupe tekan button babble n bloglist,,have fun,,